Tentera Zionis Lanjut Tahanan Ikon Remaja Palestin

AL-KHALIL, 13 Dis 2017 — Tentera Zionis melanjutkan tahanan ke atas ikon remaja perjuangan Palestin Fawzi al-Juneidi, 16, yang ditangkap oleh sekumpulan 23 orang askar Zionis di al-Khalil Jumaat lalu.

Fawzi akan terus dipenjara sehingga hari Isnin di mana beliau akan didakwa secara rasmi di mahkamah tentera pada hari Rabu.

Ketika ditangkap Jumaat lalu, tentera Zionis memukul, menendang dan mengheret beliau di atas jalan, sebelum ditutup mata dan dibawa ke penjara tentera Ofer.

Menurut bapa saudaranya Rashad al-Juneidi, persidangan di mahkamah tentera telah menuduh Fawzi membaling batu ke arah tentera Zionis. Fawzi menolak dakwaan tersebut, kerana ketika kejadian beliau sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan keperluan keluarganya, tetapi terperangkap dalam pertempuran. Beliau ditangkap ketika cuba lari dari pertempuran dan serangan bom pelali.

(Sumber: MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts