Tentera Zionis lanjutkan tahanan ke atas Lama Khater kali ke-9

AL-KHALIL, 5 Sep 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer melanjutkan tahanan ke atas penulis Lama Khater, 42, buat kali ke-9 berturut-turut.

Keputusan terbaharu ini akan mengurung Lama dalam tahanan Zionis sehingga 10 Oktober.

Beliau ditangkap oleh tentera Zionis dari rumahnya pada 24 Julai lalu. Sejak itu, beliau dikenakan layanan yang sangat buruk dan diinterogasi secara intensif selama 20 jam setiap hari.

Ibu kepada lima orang anak itu dituduh menulis artikel-artikel yang menghasut dan menjadi ahli pertubuhan haram.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts