Tentera Zionis letupkan rumah Mohammad Tarayreh

AL-KHALIL, 15 Ogos 2016 (Maan) — Lebih 30 buah kenderaan tentera menyerang masuk bandar Bani Naim di wilayah al-Khalil untuk memusnahkan rumah keluarga syahid Mohammad Nasser Tarayreh, 17, dengan menggunakan bom dan bahan letupan tengah malam tadi.

Tentera penjajah mengugut keluarga Tarayreh di muncung senjata, dan mengarahkan rumah dua tingkat tersebut serta beberapa buah rumah berdekatan dikosongkan, sebelum mereka memasang bahan letupan di bahagian dinding dan meletupkannya.

Tindakan tentera itu mencetus pertempuran dengan penduduk, di mana tentera melepaskan rembakan bom cahaya dan gas pemedih mata. Beberapa orang jiran turut ditangkap.

Mohammad, 18, didakwa menikam mati seorang anak perempuan pendatang Yahudi di rumahnya di penempatan haram Kiryat Arba pada 30 Jun lalu. Sejak peristiwa tersebut, tentera Zionis mengepung bandar Bani Naim dan hanya dibuka semula dua hari lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts