Tentera Zionis Menyerbu Kota Al Yamun

7 Dis, Jenin– Tentera penjajah Zionis Israel  pada awal pagi Jumaat (6/12) telah menangkap 4 warga Palestin dari kota Al Yamun, bahagian barat Jenin, sebelah utara Tebing Barat.

Sumber-sumber setempat menyebutkan bahawa tentera penjajah Zionis Israel menangkap 4 warga kota tersebut setelah terlebih dahulu menyerbu masuk  kota itu. Mereka yang ditangkap adalah Ahmad Adil Baqli (28 tahun), Adib Mustafa Samudi (27 tahun), Ala Auni Baqli (26 tahun) dan Majdi Adil Hamdiyah (35 tahun). Tentera Zionis itu juga menahan 3 saudara kandung Majdi Hamdiyah selama 3 jam dan menyoalsiasat ketiganya dengan dalih mencari saudara mereka, Bajis.

Sumber-sumber juga menambahkan bahawa pesawat Yahudi Zionis juga terbang rendah selama ber jam-jam di atas kawasan Al Yamun. Tentera penjajah Zionis itu menyerbu masuk kota tersebut dengan 15 kenderaan tentera dengan  tembakan dan lemparan granat, selama lebih dari 3 jam, sebelum akhirnya menyerbu masuk rumah-rumah warga Palestin yang ditangkap itu. AV/RAL

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts