NAZARETH, 27 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis memulakan latihan selama lima hari di sepanjang sempadan wilayah Gaza semalam.

Pada 11 November lalu, tentera Zionis menjalankan latihan selama seminggu sebagai persiapan menghadapi tindak balas Briged Jihad Islami susulan serangan tentera Zionis ke atas terowong bawah tanah yang mengorbankan 12 mujahidin.

Kemudian latihan lain diadakan di Lembah Jordan dan Bukit Golan.

Satu latihan besar-besaran yang digelar selama dua minggu “Blue Flag” juga telah diadakan pada awal bulan ini, melibatkan askar dan juruterbang dari Amerika, Greece, Poland, Jerman, Perancis, Itali, dan India. Ia telah diadakan di pengkalan tentera udara Ovda di bandar Eilat, utara Laut Merah.

(Sumber: PIC)

SHARE