AL-KHALIL, 3 Jun 2018 — Pasukan pekerja Pejabat Pentabdrian Awam bersama tentera Zionis telah memulakan kerja-kerja pembinaan meluaskan pos penempatan haram di barat daya wilayah al-Khalil.

Pos penempatan haram Negohot dibina di atas tanah penduduk kampung Fqeiqis di barat kota Doura, al-Khalil.

Tiga bulan lalu, rejim Zionis memutuskan untuk meluaskan pos haram itu, dan mengeluarkan arahan merampas tanah penduduk Palestin seluas 21 hektar.

Tentera Zionis membina dua buah karavan di kawasan tersebut, sebelum memulakan kerja-kerja perluasan penempatan.

(IMEMC)

SHARE