Tentera Zionis musnah rumah keluarga Omar al-Abed

RAMALLAH, 16 Ogos 2017 — Lebih 15 buah kenderaan tentera mengiringi buldozer Zionis menyerbu perkampungan Kobar di barat laut Ramallah dan memusnah rumah kediaman keluarga Omar al-Abed awal pagi tadi.

Omar menikam mati tiga pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Halamish 21hb Julai lalu, sebagai membalas dendam ke atas polis Zionis yang membunuh tiga orang penduduk Palestin di Masjid al-Aqsa.

Pertempuran tercetus susulan perobohan tersebut, di mana jurnalis Mohamed Radi ditembak dengan peluru getah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Kompleks Perubatan Ramallah.

Menurut laporan Bulan Sabit Merah Palestin, sekurang-kurangnya 27 penduduk dirawat kerana terkena tembakan peluru getah dan mengalami sesak nafas. Dua penduduk jatuh pengsan ketika dikejar oleh peronda tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts