Tentera Zionis musnahkan 2,000 pokok zaitun untuk bina jalan khusus pendatang Yahudi

QALQILIYA, 16 Jan 2017 (PNN) — Tentera penjajah Zionis memulakan kerja mencabut 2,000 pokok zaitun di atas tanah persendirian penduduk Palestin di timur kota Qalqiliya di utara Tebing Barat bagi membina laluan baharu khusus ke kawasan penempatan haram Yahudi.

Pembinaan jalan tersebut melibatkan rampasan tanah seluas 10.4 hektar dari kota Qalqiliya dan perkampungan Izbat Tbaib. Sebahagian daripada pokok-pokok zaitun terbabit berumur lebih 500 tahun.

Pihak tentera pagi ini mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai zon larangan tentera dan menangkap beberapa orang aktivis antarabangsa yang membantah tindakan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts