Tentera Zionis musnahkan kawasan hutan simpan semulajadi di al-Khalil

AL-KHALIL, 25 Sep 2016 (Maan) — Tentera Zionis memusnahkan sehingga 35 pokok di kawasan hutan simpan semulajadi al-Daqiqa di kawasan Masafer Yatta, yang juga dikenali sebagai Tanah Tinggi Selatan al-Khalil.

Tentera Zionis mengugut untuk menghalau keluar ratusan penduduk Palestin yang tinggal di situ, atas dakwaan kawsan tersebut adalah zon latihan tentera.

Penduduk Palestin pernah dihalau pada tahun 1970-an apabila kawasan tersebut diisytihar sebagai zon latihan tentera. Namun mereka dibenarkan kembali ke situ berikutan satu keputusan rayuan mahkamah.

Sekitar 3,000 pendatang Yahudi tinggal di kawasan tersebut.

Hutan simpan al-Daqiqa dipelihara dengan kerjasama beberapa pertubuhan antarabangsa sejak tahun 2008, di mana 5,000 anak pokok telah ditanam dan lapan kawasan takungan air hujan dibina.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts