JENIN, 25 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis tengahari tadi merosakkan tanah kebun dan tanaman milik penduduk di kawasan seluas 2.8 hektar di perkampungan Bartaa, yang terpinggir di sebalik Tembok Pemisah di barat daya Jenin.

Tentera Zionis yang lengkap dengan jentolak menyerbu kawasan terbabit dan membajak tanah serta memusnahkan lebih 300 pokok-pokok zaitun dan badam milik Jamal Sharif Amarneh.

(Maan, PIC, PNN)

SHARE