Tentera Zionis musnahkan kemah tempat berteduh keluarga yang kehilangan tempat tinggal

SALFIT, 5 Apr 2017 (PNN) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memusnahkan kemah tempat tinggal keluarga Muhammad Shheibar di kawasan Abu al-R’eish di perkampungan Deir Ballut, barat Salfit.

Keluarga Shheibar sebelum ini kehilangan tempat tinggal apabila tentera Zionis memaksa mereka keluar dari kawasan Deir Daqla di sebelah selatan Deir Ballut atas alasan rumah mereka terlalu dekat dengan Tembok Pemisah.

Tentera turut memusnahkan enam buah bangsal ternakan keluarga Shheibar. Mereka diarah meninggalkan kawasan tersebut dalam tempoh kurang dari seminggu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts