Tentera Zionis musnahkan rumah dan bangsal pertanian penduduk Palestin di Lembah Jordan

NABLUS, 9 Okt 2016 (PIC) — Segerombolan tentera penjajah Zionis yang menaiki 10 kenderaan peronda dan empat buah jip menceroboh masuk kawasan al-Ras al-Ahmar di utara Lembah Jordan serta mengepung kawasan tersebut dan memaksa penduduk keluar sebelum memusnahkan bangunan milik penduduk Palestin di situ awal pagi.

Bangunan rumah dan bangsal ternakan serta paip bekalan air yang digunakan oleh lapan keluarga Palestin dimusnahkan.

Penduduk Palestin di Lembah Jordan sering menjadi mangsa kerakusan tenetra Zionis yang ingin merampas kawasan yang kaya dengan sumber asli itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts