Tentera Zionis musnahkan rumah dan binaan pertanian di Tulkarem

TULKAREM, 16 Mei 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis memusnahkan tujuh buah rumah pasang siap yang dibina oleh Kesatuan Eropah (EU) di kawasan penduduk Badwi di timur al-Quds dan juga sebuah binaan struktur pertanian di kota Tulkarem.

Pekerja perbandaran Zionis yang diiringi oleh pasukan tentera dan kumpulan pendatang Yahudi menceroboh masuk kawasan masyarakat Badwi di Jabal al-Baba di bandar Alezariya seawal jam 5:00 pagi untuk memusnahkan rumah-rumah tersebut.

50 keluarga melibatkan 300 penduduk termasuk kanak-kanak tinggal di Jabal al-Baba dengan bergantung kepada ternakan sebagai sumber pendapatan dan makanan utama mereka. Keluarga badwi ini berpindah ke kawasan tersebut apabila dipaksa meninggalkan perkampungan mereka di Beer al-Sabi (Beersheba) dalam peristiwa Nakba 1948.

Sejak 2014, tentera Zionis telah menjalankan 20 kempen perobohan terhadap masyarakat Badwi di sini. Ia terletak di kawasan yang ingin dirampas untuk perluasan penempatan haram Yahudi.

Dalam insiden berasingan, buldozer tentera Zionis memusnahkan binaan struktur pertanian milik Jalal Ghanem di dataran Deir al-Ghusun di utara Tulkarem.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts