Tentera Zionis musnahkan rumah di kota Lod

RAMALLAH, 22 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memusnahkan sebuah rumah penduduk Palestin di kota Lod, 15km ke tenggara Tel Aviv, setelah pihak rejim menolak rayuan pemiliknya.

Bangunan tiga tingkat milik keluarga Shaaban itu diroboh atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Sehingga 800,000 penduduk Palestin telah dihalau keluar dari tanah mereka apabila negara haram Zionis tertubuh pada tahun 1948. Hari ini penduduk Palestin yang kekal, termasuklah keturunan mereka, hanyalah kira-kira 1.3juta orang iaitu sekitar 20% daripada jumlah penduduk Wilayah Palestin 1948.

Menurut pertubuhan hak asasi Adalah, hanya 4.6% daripada permit pembinaan rumah dikeluarkan untuk penduduk Palestin.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts