Tentera Zionis musnahkan rumah-rumah di Khan al-Ahmar

KOTA BAITULMAQDIS, 29 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi meroboh masuk perkampungan Khan al-Ahmar dan memusnahkan rumah-rumah serta kemah tempat tinggal keluarga Arab Badwi, meninggalkan mereka tanpa tempat berteduh.

Sekitar 180 penduduk Badwi Jahalin terpaksa tinggal dalam rumah-rumah usang dan kemah sementara di Khan al-Ahmar. Mereka asalnya diusir oleh kumpulan militan Zionis dari Gurun Naqab pada tahun 1952.

Khan al-Ahmar terletak di kawasan strategik di timur kota Batulmaqdis, berdekatan dengan penempatan haram dan laluan utama ke Laut Mati.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts