Tentera Zionis musnahkan sekolah di al-Khalil

AL-KHALIL, 11 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis meruntuh sebuah sekolah Palestin di Khillet al-Daba’ di timur Yatta, wilayah al-Khalil, dan merampas semua karavan yang dijadikan sebagai bilik darjah.

Pasukan tentera Zionis menyerbu perkampungan Khillet al-Daba’ di awal pagi, sehari selepas membuat ugutan untuk meroboh sekolah tersebut. Mereka merampas dan melarikan semua karavan yang dijadikan sebagai bilik-bilik darjah.

Tindakan tersebut dibuat pada hari para pelajar menyertai kem musim panas yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Palestin.

Semalam, tentera Zionis menyerbu kawasan terebut dan merampas semua perabut serta mengugut untuk memusnahkan sekolah atas alasan dibina tanpa kelulusan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts