Tentera Zionis musnahkan sekolah di al-Khalil

AL-KHALIL, 10 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis malam tadi memusnahkan sebuah sekolah rendah masyarakat Badwi Palestin berdekatan al-Dahriyeh di bandar Zanouta, di selatan wilayah al-Khalil, hanya sebulan selepas dirasmikan oleh Kementerian Pendidikan Palestin.

Selepas memusnahkan sekolah yang mengadungi enam bilik darjah dan dibina menggunakan bongkah simen dan kepingan zink itu, tentera Zionis mengepung dan menutup kawasan sekitarnya.

Seramai 43 pelajar, termasuk 10 orang kanak-kanak tadika, belajar di situ.

Walaupun sekolah mereka telah musnah, para pelajar tetapi hadir untuk menimba ilmu pada pagi Selasa dalam keadaan cuasa hujan. Guru-guru mengajar di atas lantai simen binaan yang masih kekal.

Penduduk bagaimanapun bertekad untuk membina semula sekolah tersebut.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts