Tentera Zionis musnahkan stesen minyak di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 26 Jun 2019 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menceroboh masuk bandar Anata di timur Baitulmaqdis, dan meroboh sebuah stesen minyak yang masih dalam pembinaan.

Datuk Bandar Anata, Taha No’man, dalam kenyataannya menyebut beberapa buah jip tentera bersama tiba buah jentolak menyerbu kawasan utara bandar tersebut dan meroboh stesen minyak yang sedang dibina di atas tanah penduduk Palestin seluas tiga dunam (0.3 hektar). Mereka mengepung dan menutup kawasan sekitar, sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menghalang penduduk Palestin memasukinya.

Bangunan milik Mohammad Ibrahim Hilwa itu telah mendapat permit pembinaan dari pihak majlis tempatan, namun pihak tentera mendakwa ia tidak diiktiraf oleh Pejabat Pentadbiran Awam tentera Zionis iaitu pihak yang menyelia penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts