Tentera Zionis musnahkan sumber air penduduk Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 18 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini memusnahkan sebuah telaga sumber air milik pendududk Palestin di perkampungan Umm al-Nir di selatan Masafer Yatta, al-Khalil.

Tentera mengiringi pasukan jentolak memusnahkan telaga tersebut, yang terletak berdekatan penempatan haram Susiya di Tanah Tinggi al-Khalil Selatan, yang terkenal sebagai Masafer Yatta.

Hampir keseluruhan Masafer Yatta terletak dalam Kawasan C yang dikawal penuh oleh tentera Zionis. Penduduk Masafer Yatta dihalau keluar selepas tentera Zionis menjadikan kawasan tersebut sebagai lapangan menembak pada tahun 1970-an. Mereka bagaimanapun dibenarkan kembali selepas perbicaraan yang lama di mahkamah. Namun mereka sering diugut atau menyaksikan rumah-rumah mereka dirobohkan.

(MEMO, IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts