Tentera Zionis paksa keluarga Palestin henti bina rumah, walaupun telah mendapat permit

AL-KHALIL, 19 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis memaksa keluarga Palestin menghentikan pembinaan bumbung rumah mereka di al-Khalil, walaupun telah mendapat permit bagi pembinaan tersebut.

Ketika kejadian, keluarga Sharabati membina kerangka besi bagi memasang bumbung rumah mereka yang terletak di Jalan Shuhada di Kota Lama al-Khalil. Tiba-tiba segerombolan pendatang Yahudi tiba dan melaung-laung slogan perkauman, mengegarkan pagar dan cuba menghasut.

Tidak lama kemudian, 12 orang askar Zionis tiba dan memaksa dihentikan pembinaan, kononnya kerana tidak mendapat permit.

Selepas berhubung dengan pihak berkuasa selama lebih satu jam dan mengambil gambar pembinaan tersebut, pasukan tentera Zionis merampas semua peralatan yang ada di tempat pembinaan.

Susulan insiden, keluarga Mufid Sharabiti kehilangan permit untuk meneruskan pembinaan serta peralatan bernilai 10,000 shekel (RM11,200) yang dirampas.

Lima tahun lalu, Mufid dikejarkan ke sebuah hospital akibat diserang dengan kepingan besi oleh tentera Zionis ketika melakukan pembinaan yang sama.

(ISM)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts