Tentera Zionis paksa penduduk Palestin tanggal pakaian untuk melintas sekatan

AL-KHALIL, 19 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menutup semua sekatan jalan menuju ke kejiranan Tal Rumeida di Kota Lama al-Khalil, dan memaksa penduduk Palestin menanggalkan pakaian mereka sebagai syarat mendapat kebenaran melintas untuk pulang ke rumah.

Puluhan penduduk Palestin berhimpun di kawasan sekatan tersebut bagi membantah tindakan provokatif dan menghina itu. Susulah bantahan, tentera Zionis menutup sekatan bagi menghalang penduduk pulang ke rumah mereka.

Tel Rumeida yang terletak berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi menjadi kawasan panas ketegangan di antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi serta tentera Zionis. Seramai 30,000 penduduk Palestin tinggal di kota al-Khalil, manakala 800 pendatang Yahudi merempat di situ dengan dikawal oleh lebih 1,000 anggota tentera Zionis.

(Maan, IMEMC, PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts