Tentera Zionis pasang alat pengesan logam di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 16 Julai 2017 (PIC) — Rejim Zionis pagi tadi memasang alat mengesan logam di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa, setelah pihak perbandaran Zionis selesai tugasan mereka di perkarangan masjid dan cuba menutup semua kerosakan yang telah dilakukan oleh tentera Zionis.

Pada masa yang sama pegawai kanan tentera dan perisikan Zionis berkeliaran di perkarangan tapak suci umat Islam itu dan puluhan pegawai yang didakwa sebagai polis sempadan masih berkawal di perkarangan masjid.

Pihak perbandaran Zionis membawa masuk tujuh buah kenderaan mencuci jalan dan sebilangan besar pekerja Yahudi untuk membersih perkarangan masjid, satu langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Mereka membuang segala serpihan kerosakan yang dilakukan oleh tentera ketika “menyiasat” masjid suci itu, dan juga sampah-sampah makanan yang ditinggalkan oleh tentera Zionis di hadapan Musolla al-Qibli.

Tentera Zionis juga merampas kunci Pintu al-Asbat untuk membuka laluan membawa masuk kenderaan ke perkarangan masjid. Mereka turut merampas kunci-kunci pagar di luar dan dalam Masjid al-Aqsa, dan enggan memulangkannya semula kepada Jabatan Wakaf Jordan.

Malam tadi, polis Zionis menelefon beberapa orang penjaga masjid dan memberi amaran kepada mereka supaya tidak mendekati kawasan tapak suci itu.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Zionis menangkap seorang pekerja di Jabatan Bomba al-Aqsa, Gadu Ghoul, di sekatan tentera Mazmouria.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts