BEIT LAHM, 10 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk serta menggeledah rumah dan menculik sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi.

Kenderaan peronda tentera menyerbu bandar Tekou’ di tenggara Beit Lahm dan memecah masuk rumah bekas tahanan Murad Jabreen. Sementara tiga pemuda, Wael Mujahed Issa, Mourad Sami Jabrin dan Muhammad Salim Abu Mufrah, diculik dari rumah keluarga mereka di bandar al-Khader, selatan Beit Lahm.

Sementara itu, pertempuran tercetus di kem pelarian Balata di timur Nablus. Warga emas Muhammad al-Ja’ba, 86, diarah hadir ke sebuah pusat interogasi setelah pasukan tentera memecah masuk rumahnya.

Dalam kejadian di utara Baitulmaqdis, remaja Muhammad Awni Aslan, 16, dan Abed al-Malik Abu Latifa, 19, diculik di sekatan Qalandiya, atas tuduhan membawa objek tajam. Tiga lagi pemuda, Adam Abu Riyaleh, Alaa Amjad Atyah dan Salah Ghassan Abid, diculik dari perkampungan al-Issawiya di timur laut Baitulmaqdis.

Di Tulkarem, tentera Zionis menculik pemuda Louay Yousef al-Zarikiya, 23

(Maan, PIC, WAFA)

SHARE