Tentera Zionis Pecah Masuk Rumah, Kedai & Universiti di Tebing Barat

AL-KHALIL, 14 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah, kedai dan kampus universiti, serta menculik lapan penduduk di beberapa wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Di al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah beberapa buah rumah keluarga bekas tahanan, tanpa membuat sebarang tangkapan. Bagaimanapun seorang bekas tahanan diarah hadir ke pusat interogasi badan perisik Zionis, Shin Bet.

Beberapa orang lagi bekas tahanan di Tebing Barat mendapat panggilan telefon daripada Shin Bet, mengugut mereka supaya jangan terlibat dengan aktiviti sambutan ulang tahun penubuhan pergerakan Hamas.

Dalam kejadian di timur kota Nablus, sekurang-kurangnya tiga buah kedai percetakan dipecah masuk bagi mencari sebarang bahan cetakan berkaitan Hamas.

Pertempuran sengit berlaku di Jalan al-Quds di Nablus dan juga kem pelarian Balata.

Tentera Zionis turut menyerbu ibu pejabat pergerakan siswa di kampur Universiti Birzeit, termasuk pejabat Blok Islami yang dikaitkan dengan Hamas, dan merampas semua dokumen serta peralatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts