Tentera Zionis pecah masuk rumah keluarga tahanan al-Hroub

AL-KHALIL, 9 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis tengahari semalam memecah masuk rumah keluarga tahanan Mohammad al-Hroub di perkampungan Deir Samet di barat bandar Doura dalam wilayah al-Khalil.

Menurut bapa beliau, Abdul Baset Hroub, tentera Zionis mengugut keluarganya bahawa mereka tidak akan lupa untuk membalas dendam terhadap Mohammad dan keluarganya.

Rumah mereka sebelum ini telah berpuluh kali dipecah masuk dan digeledah oleh tentera. Mereka sering membuat ugutan sekiranya keluarga al-Hroub membina semula rumah mereka yang telah dirobohkan.

Dua hari lalu Abdul Baset buat pertama kali cuba melawat anaknya di penjara, namun dihalang oleh pihak rejim.

Seorang lagi anaknya, Mutaz, ditangkap oleh tentera Zionis atas tuduhan membantu Mohammad menyerang sekumpulan pendatang Yahudi di persimpangan Etzion pada 20 November 2015. Dua pendatang mati dan beberapa yang lain cedera dalam serangan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts