Tentera Zionis pecah masuk rumah murabitat yang dipenjara, tangkap suami

AL-QUDS, 22 Jun 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memecah masuk rumah Khadija Khuawasi yang sedang merengkok dalam penjara dan menangkap suami beliau.

Polis bersama pegawai perisik Zionis merampas beberapa barangan keluarga beliau termasuk komputer dan tablet peribadi.

Suaminya Ibrahim Abu Ghaliyeh, 48, ditangkap selepas rumah mereka digeledah. Beliau dibawa ke pusat soal siasat al-Maskobiya di barat al-Quds.

Khadija yang merupakan seorang murabitat (penjaga) dan guru di Masjid al-Aqsa ditangkap Rabu lalu di rumahnya. Pihak rejim telah melanjutkan tempoh tahanan ke atas Ibu kepada lima orang anak itu sebanyak dua kali atas alasan menunggu siasatan lengkap.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts