JENIN, 28 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah dan menangkap enam penduduk Palestin di beberapa wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Pemuda Ahmed Abdul-Hadi ditangkap dari rumahnya di bandar Burqin, barat wilayah Jenin. Tentera turut memasang sekatan jalan di laluan masuk ke perkampungan Shuhada, di antara Burqin dan Qabatiya, dan membuat rondaan di jalan-jalan sekitar kem pelarian Jenin.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis menangkap dua pemuda Diya Abu Arab dan Atallah dari kem pelarian Balata di sebuah sekatan jalan di luar kota Nablus.

Manakala di Beit Lahm, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah beberapa buah rumah di bandar Beit Fajjar. Dua pemuda dari bandar tersebut, Mohamed Taqateqa dan Imad Dairya, diarah hadir ke pusat interogasi Shin Bet di kawasan penempatan haram Gudh Etzion.

Di kota Salfit, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah Dr Anas al-Zair sebelum mengikat dan melarikan beliau dengan sebuah kenderaan tentera. Tentera Zionis turut menyekat laluan ke bandar Kifl Hares di barat Salfit, memaksa penduduk Palestin mencari laluan alternatif.

(Sumber: PIC)

SHARE