AL-KHALIL, 29 Nov 2017 — Tentera Zionis hari ini memasang enam buah karavan di pengkalan tentera berdekatan Tel Armida, yang terletak berhadapan kejiranan Kota Lama di al-Khalil.

Mereka merampas tanah seluas 0.15 hektar milik persendirian penduduk Palestin untuk memasang karavan, dan memasang pagar besi serta menara kawalan di kawasan tersebut.

Pengkalan tersebut dibina sejak 16 tahun lalu.

Julai lalu, UNESCO mengisytihar Kota Lama al-Khalil dalam senarai Tapak Warisan Dunia Palestin yang diancam oleh rejim Zionis. Rejim Zionis bertindak balas dengan memotong dana kepada badan PBB.

(Sumber: MEMO, WAFA)

SHARE