Tentera Zionis rampas 17.3 ekar tanah di Beit Lahm

BEIT LAHM, 9 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis merampas 17.3 ekar tanah milik keluarga Palestin di wilayah Beit Lahm, kononnya untuk membina lapangan latihan.

Tanah tersebut terletak di perkampungan al-Jabaa dan Surif, di mana tentera Zionis telah mengisytiharkannya sebagai zon larangan tentera dan pemilik serta penduduk Palestin dilarang mendekatinya. Penduduk di sekitar kawasan tersebut berhadapan dengan risiko kehilangan rumah, pekerjaan dan juga persekolahan.

Hampir 20% daripada wilayah Tebing Barat telah diisytihar sebagai zon larangan tentera sejak tahun 1970-an, namun kajian PBB mendedahkan hampir 80% daripada kawasan tersebut sebenarnya tidak digunakan untuk tujuan ketenteraan.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts