Tentera Zionis rampas rumah di al-Khader, jadikan pos operasi

BEIT LAHM, 27 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menyerang masuk dan merampas sebuah rumah di bandar al-Khader di selatan Beit Lahm, kemudian menjadikan rumah tersebut sebagai pos operasi dan interogasi ke atas pemuda Palestin.

Tentera menjalankan kempen menangkap pemuda Palestin secara besar-besaran sejak awal pagi dan membawa semua mangsa ke rumah yang dirampas itu untuk menyoal tentang pekerjaan serta aktiviti mereka serta insiden membaling batu.

Tentera Zionis menyerang dan menggeledah rumah penduduk al-Khader sejak malam tadi kononnya kerana kenderaan pendatang Yahudi telah dibaling dengan batu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts