NABLUS, 14 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerah notis bagi merampas tanah di bandar Bourin di selatan kota Nablus, atas alasan keselamatan khususnya untuk menghalang penduduk Palestin membaling batu ke arah pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzhar yang melalui kawasan tersebut.

Tanah tersebut melibatkan lapan dunam [1 hektar bersamaan 10 dunam] milik sebuah sekolah rendah, di mana dua dunam daripada tanahnya telah dirampas sebelum ini.

(IMEMC)

SHARE