LEMBAH JORDAN, 3 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyerang petani Palestin, Ashraf Abu Dhaile, di kawasan al-Bekaia di utara Lembah Jordan tengahari tadi dan merampas sebuah tangki air serta sebuah traktor milik petani tersebut.

Tentera turut mengenakan denda ke atas Ashraf.

Penduduk Palestin di utara Lembah Jordan menjadi sasaran tentera penjajah, di mana mereka dilarang menggunakan sumber air dari kawasan tersebut, bahkan saluran air mereka dimusnahkan. Penduduk terpaksa mengangkut air menggunakan tangki yang memerlukan kos tinggi, yang sering dirampas oleh tentera.

SHARE