Tentera Zionis rampas ternakan dan alat pertanian penduduk Palestin

NABLUS, 29 Ogos 2016 (PIC) — Keji dan kejam! Tentera penjajah Zionis merampas ratusan ekor haiwan ternakan dan alat pertanian penduduk Palestin di Wadi Malih, dalam wilayah Aghwar di Nablus.

Tentera Zionis merompak hampir keseluruhan harta penduduk Palestin di situ sejak empat tahun lalu, termasuklah haiwan ternakan yang dikatakan kononnya masuk berkeliaran ke dalam kawasan latihan tentera.

Sejak tiga tahun terakir, mereka telah merampas 80 ekor lembu, 25 ekor keldai, 100 ekor kambing, 30 buah traktor, 11 buah kenderaan pengangut serta 30 buah pengangkut air.

Untuk menuntut kembali harta dan haiwan yang dirampas, pihak rejim mengenakan syarat yang mustahil dapat dipenuhi oleh petani Palestin yang miskin. Contohnya, untuk menuntut seekor keldai, tuannya harus membayar sebanyak 2,000 shekel (RM2,120). Di samping itu, mereka juga perlu membayar kos guaman yang tinggi.

Seorang warga kampung Der di Aghwar, Eyad Daragimah, melaporkan alat pengangkut airnya juga dirampas. “Zionis berusaha mengusir kami dengan merampas ternakan dan alat pertanian, agar kami tidak dapat bertahan di sini. Namun mereka tidak faham betapa besar kecintaan kami kepada tanahair ini,” tegas Eyad.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts