QALQILYA, 10 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini meratakan sebidang tanah penduduk Palestin di Qalqilya untuk membina 1,200 rumah baharu sekaligus meluaskan kawasan penempatan haram Karnei Shomron.

Penduduk Palestin dari perkampungan Kafr Laqif dan Jinsafut, di timur Qalqilya, telah kehilangan tanah subur yang luas akibat projek penempatan Yahudi itu.

Karnei Shomron dibina pada tahun 1978 di atas tanah milik penduduk Kafr Laqif, Jinsafut, dan Deir Istiya di kawasan Wadi Qana. Rejim Zionis telah berkali-kali merampas tanah untuk meluaskan penempatan tersebut.

Rejim Zionis cuba mengawal dan merampas sepenuhnya Wadi Qana. Pada mulanya, rejim Zionis mengisytihar kawasan berkenaan sebagai kawasan simpan alam semulajadi. Mereka kemudian membina lapan kawasan penempatan haram di pinggir kawasan. Penempatan-penempatan tersebut berkembang luas dari masa ke masa.

Penempatan haram Yahudi merupakan pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa, di mana ianya dianggap sebagai satu bentuk jenayah perang di bawah Konvensyen Haque dan Resolusi Keselamatan PBB 2334.

(PIC)

SHARE