BAITULMAQDIS, 6 Nov 2018 — Tentera Zionis pagi tadi mengepung kejiranan ash-Qariyya di bandar Beit Hanina, utara Baitulmaqdis Timur, dan mengisytihar kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera, sebelum meroboh dua buah rumah keluarga Palestin.

Rumah-rumah terbabit adalah milik Kamel Rajabi, serta dua anak lelakinya Mohammad dan Adel. Keluarga mereka dipaksa keluar dari rumah dan tidak dibenarkan membawa keluar barangan dan perabot. 12 ahli keluarga, termasuk lima kanak-kanak, kini tidak mempunyai tempat berteduh.

Dalam kejadian lain, pihak pentadbiran awam Zionis menyerbu bandar Silwan di selatan Masjid al-Aqsa dan meroboh sebuah kedai milik Mohammad Odah di kejiranan Be’er Ayyoub.

(IMEMC, Maan)

SHARE