BAITULMAQDIS, 12 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis meroboh tiga buah rumah penduduk Palestin di bandar Silwan, yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa.

Dua buah rumah berkeluasan 180 meter persegi yang masih dalam pembinaan, dan sebuah stor simpanan barang milik keluarga Jamal Yahia Edkeidik dan anak lelakinya Ma’moun diroboh atas tuduhan tidak mempunyai permit pembinaan. Mereka tidak dibenar menyelamatkan barangan sebelum rumah diroboh.

Sementara itu, sebuah lagi rumah penduduk Palestin di kejiranan Ras al-Amoud turut diroboh tanpa diberi sebarang amaran awal. Mangsa, Feryal Ja’abis yang merupakan seorang ibu tunggal, bersama enam anak-anaknya kini kehilangan tempat tinggal.

(IMEMC, PIC, WAFA)

SHARE