Tentera Zionis roboh bangunan sekolah Abu Nuwwar di al-Quds buat kali ke-4

AL-QUDS, 27 Sep 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis pagi tadi memusnahkan bangunan sebuah bilik darjah sekolah Abu Nuwwar yang terletak di kawasan Khan al-Ahmar di al-Quds Timur.

Ini merupakan kali keempat bangunan sekolah tersbut dirobohkan oleh pihak Zionis, yang enggan mengeluarkan permit pembinaan.

Ia terletak di Kawasan C Tebing Barat, di antara penempatan haram Ma’ale Adumim dan Qedar, di mana pihak rejim merancang untuk meluaskan Ma’ale Adumim bagi menghubungkan penempatan haram itu dengan kota al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts