TUBAS, 19 Feb 2019 — Sebuah keluarga Badwi Palestin kehilangan tempat berteduh apabila tentera penjajah Zionis meroboh khemah kediaman mereka di kawasan Ras al-Ahmar, tenggara Tubas di Lembah Jordan, pagi tadi.

Pasukan tentera mengepung kawasan khemah keluarga Jihad Beni Odeh sebelum menghalau semua ahli keluarganya keluar, dan kemudia meroboh khemah mereka.

Tentera Zionis turut merobohkan beberapa binaan lain di kawasan tersebut, termasuk pusat rawatan kesihatan, tangki bekalan air dan bangsal ternakan.

(Maan, IMEMC, PNN)

SHARE