Tentera Zionis roboh rumah, culik 33 penduduk

JENIN, 8 Jul 2019 — Tentera penjajah Zionis meroboh sebuah rumah yang masih dalam pembinaan serta menculik 33 orang penduduk Palestin di Tebing Barat awal pagi tadi.

Di Jenin, utara Tebing Barat, 13 orang bekas tahanan diculik selepas tentera memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah mereka di kota Jenin, kem pelarian Jenin, Burqin, Zabbouba dan Fark Dan. Mangsa-mangsa adalah Sultan Khallouf, Mahmoud Qasrawi, Majdi Abu al-Haija, Ata al-Jabali, Jom’a Abu Khalifa, Khaled al-Hajj, Abdul-Jabbar Jarrar, Nidal Abdul-Hadi, Mohammad Souqiyya, Hasan Zaghal, Majed ‘Aabed, Ibrahim Jabr, dan Allam Salah.

Penduduk mengadakan perhimpunan membantah serbuan di kem pelarian Jenin, di mana tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom pelali sehingga mencederakan ramai penduduk.

Manakala di selatan Tebing Barat, tentera Zionis menggempur Khirbat al-Qat di kawasan Beit Ummar, al-Khalil, dan meroboh sebuah rumah milik penduduk Mohammad Khalil Abdul-Fattah Sabarna. Pada masa yang sama mereka memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah lain.

Tentera turut menculik Ahmad Wa’el at-Till, 26, dari rumahnya di bandar ath-Thaheriyya di selatan al-Khalil. Mereka turut memecah masuk rumah-rumah di bandar Halhoul, utara al-Khalil, dan memaksa penduduk hadir ke pusat-pusat interogasi.

Dalam kejadian di Beit Lahm, tentera Zionis menculik pemuda-pemuda Ahmad Khaled al-‘Amour, 20, Hussein Mohammad al-‘Amour, 20, Hussein Atef Obeyyat, 19, Ahmad Ismael Salah, dan Mohammad Jamal ‘Oweida.

Di Ramallah, Luay Mansour diculik dari rumahnya di bandar Silwad. Sementara di Qalqilya, tentera menculik pemuda Ibrahim Younis. Obeida Jabour diculik dari bandar Salem di timur kota Nablus.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts