BEIT LAHM, 12 Feb 2019 — Pasukan tentera penjajah Zionis yang lengkap dengan jentolak menyerbu perkampungan al-Walaja di Beit Lahm dan meroboh rumah keluarga Majdi al-Shweiki, pagi tadi.

Seramai lima ahli keluarga yang tinggal dalam rumah seluas 100 meter persegi di kawasan Ein Jweiza itu kini kehilangan tempat tinggal.

Tentera Zionis telah menyerah notis untuk meroboh sekitar 180 buah rumah di al-Walaja. Sebanyak 40 daripadanya mendapat notis tanpa keputusan mahkamah, atas dakwaan tidak mempunyai permit pembinaan.

(IMEMC, Maan, PIC, PNN)

SHARE