BAITULMAQDIS, 7 Feb 2018 — Pasukan tentera Zionis hari ini meroboh sebuah rumah milik keluarga Mahmoud Temeh di kejiranan Ain al-Lawzeh di bandar Silwan, yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa.

Bangunan rumah seluas 110 meter persegi itu didakwa tidak mempunyai permit pembinaan. Keluarga mangsa turut dikenakan denda sebanyak 100,000 shekel (RM112,025) atas dakwaan cuba menghalang kerja-kerja perobohan.

Enam ahli keluarga Mahmoud kini kehilangan tempat tinggal.

(PIC)

SHARE