Ringkasan

Tentera Zionis Roboh Rumah Suspek Langgar Mati Yahudi

AL-QUDS, 19 Nov 2014 (Ma’an) — Tentera Zionis merobohkan rumah milik Abd al-Rahman al-Shaludi, suspek pemandu kereta yang melanggar mati dua orang Yahudi bulan lalu.

Puluhan askar menceroboh masuk kawasan al-Bustan di kejiranan Silwan di Al-Quds Timur pada waktu tengah malam untuk meletupkan rumah tersebut. Bangunan lima tingkat yang didiami oleh keluarga al-Shaudi dikepung oleh tentera, sebelum penghuninya dipaksa keluar. Mereka tidak dibenarkan membawa keluar apa-apa barangan.

Tentera Zionis juga mengarahkan supaya dikosongkan tiga buah rumah berdekatan dan memaksa penduduk tinggal di dalam sebuah kemah.

Rumah al-Shaudi diletupkan pada jam 3:45 pagi, sekaligus merosakkan beberapa buah rumah berdekatan.

Abd al-Rahman al-Shaludi dibunuh oleh polis Zionis pada 22 Oktober lalu setelah beliau dikatakan melanggar sekumpulan pejalan kaki berdekatan sebuah stesen keretapi di kawasan Sheikh Jarrah.

Sebanyak 664 buah rumah Palestin telah dimusnahkan dari tahun 2001 hingga 2005 sebagai menghukum suspek jenayah. Polis Zionis menghukum suspek dan ahli keluarga mereka hanya berdasarkan syak, tanpa melalui proses undang-undang dan pengadilan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts