Tentera Zionis roboh rumah, tangkap pemiliknya

LEMBAH JORDAN, 11 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini meroboh sebuah rumah penduduk Palestin di perkampungan al-Jiftlik, Lembah Jordan, dan kemudian menangkap pemiliknya.

Pasukan tentera menyerbu perkampungan tersebut di awal pagi dan terus meroboh rumah milik Omar Abdul-Karim Rahaila setelah memukul beliau secara ganas dan menembak kenderaan yang dinaikinya. Ketika kejadian, Omar bergegas pulang dari tempat kerja setelah mendapat berita tentang serbuan tentera Zionis.

Omar cedera dan luka sebelum ditangkap, tanpa dibenarkan mendapat rawatan.

(PIC, IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts