Tentera Zionis sasar 15 serangan ke wilayah Gaza, seorang terbunuh

GAZA, 11 Apr 2018 — Seorang penduduk Palestin meninggal dunia apabila tentera penjajah Zionis melepaskan 15 tembakan meriam kereta kebal ke kawasan yang didakwa sebagai pengkalan kumpulan pejuang Palestin di timur kejiranan al-Shujaiyyeh dan kawasan pertanian di timur kejiranan al-Zaytoun di Kota Gaza, pagi tadi.

Mangsa, Mohammed Hujailah, dilaporkan meninggal dunia selepas cedera dalam serangan tersebut dan dikejarkan ke Hospital al-Shifa.

Terdahulu, beberapa buah buldozer tentera Zionis menceroboh masuk kawasan sempadan Gaza berdekatan pintu lintasan al-Mintar (Karni) untuk meratakan tanah, dan satu bahan letupan meledak berdekatan pasukan tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts