GAZA, 8 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis petang tadi melancarkan sembilan serangan meriam ke kawasan pertanian dan pelupusan sampah di Juhr al-Deek, tengah Gaza.

Pihak tentera mendakwa serangan tersebut sebagai tindak balas ke atas pejuang Palestin yang cuba menyerang pasukan peronda mereka.

Pasukan ambulan Palestin menyelematkan empat mangsa yang cedera dari tempat kejadian.

(PIC, IMEMC)

SHARE