NABLUS, 21 Sep 2016 (MEMO)– Tentera penjajah Zionis mengenakan sekatan ke atas tujuh kawasan perkampungan di utara Tebing Barat atas alasan penduduk di situ membaling batu ke atas kenderaan pendatang Yahudi.

Pihak tentera membina timbunan pasir dan meletakkan bongkah simen di laluan-laluan masuk ke Odla, Boreen, Ainaboose, Huwwarah, Awarta, Za’tara dan Bita Al-Tahta yang terletak dalam wilayah Nablus, menyekat pergerakan 50,000 penduduk Palestin di situ.

Terdapat sebuah pasar sayuran di Bita al-Tahta, di mana para peniaga dan petani dari seluruh Tebing Barat berkumpul. Sekatan ini sekaligus melumpuhkan pergerakan dan menyebabkan kerugian besar keapda peniaga dan petani.

SHARE