Tentera Zionis sekat dan tahan pelajar ke sekolah

NABLUS, 29 Sep 2021 — Tentera penjajah Ziois mengejar para pelajar, serta menghalang mereka daripada memasuki pagar utama sekolah di perkampungan Al-Lubban Al-Sharqiya berdekatan kota Nablus pagi tadi.

Pasukan tentera turut menangkap dan mengasari beberapa orang pelajar, memaksa rakan-rakan yang lain mengambil laluan alternatif yang lebih jauh.

Awal minggu ini, seorang pendatang Yahudi memakir keretanya di hadapan laluan masuk sekolah perempuan di perkampungan tersebut, untuk menghasut para pelajar dan guru. Tentera Zionis kemudian bertindak menutup pagar dan menghalang pelajar keluar atau masuk kawasan sekolah.

Seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun yang berasal dari perkampungan Ammuriya ditahan, namun dibebaskan dua jam kemudian tanpa sebarang pertuduhan.

Oleh keranaa sekolah tersebut terletak di sebatang jalan utama Tebing Barat yang digunakan oleh pendatang Yahudi berulang-alik dari kawasan penempatan haram ke Kota Baitul Maqdis, para pelajar sering menjadi sasaran serangan tentera dan pendatang Yahudi.

Rejim Zionis menduduki wilayah Tebing Barat sejak tahun 1967. Lebih 600,000 pendatang Yahudi tinggal di kawasan-kawasan penempatan haram di Tebing Barat dan timur Kota Baitul Maqdis, sekaligus mencabul undang-undang antarabangsa.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts