Tentera Zionis sekat pelayaran bot al-Huriyyah

GAZA, 29 Mei 2018 — Tentera laut Zionis menghalang bot al-Huriyyeh (kebebasan) yang belayar dari pantai Gaza menuju ke perairan antarabangsa dalam kempen menghentikan sekatan yang dikenakan oleh rejim penjajah itu.

Bot-bot tentera laut Zionis mengepung bot tersebut pada jarak 14 batu nautukal dari pantai Gaza selama hampir empat jam, sebelum ditunda ke pelabuhan Ashdod.

Al-Huriyyeh membawa 20 orang penumpang termasuk pelajar universiti, pesakit yang memerlukan rawatan di luar negara, serta penduduk yang tercedera dalam serangan tentera Zionis di kawasan sempadan Gaza.

Semua penumpang kecuali kapten, pembantunya dan seorang pesakit telah dibebaskan petang tadi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts