Tentera Zionis sekat wilayah al-Khalil sejak 17 hari lalu

AL-KHALIL, 17 Julai 2016 (PIC) — Wilayah al-Khalil terus disekat oleh tentera penjajah Zionis sejak 17 hari lalu, di mana semua laluan utama ke kota tersebut serta kawasan bandar, perkampungan dan kem pelarian di sekitarnya disekat atau ditutup.

Pada masa yang sama kempen menangkap dan memecah masuk rumah penduduk di al-Khalil masih berterusan.

Rejim Zionis mengenakan sekatan ke atas kota al-Khalil dan kawasan sekitarnya, terutama yang berdekatan dengan kawasan penempatan haram Yahudi, sejak awal Julai lalu sebagai hukuman secara kolektif berikutan serangan yang dilakukan oleh seorang pemuda al-Khalil ke atas pendatang Yahudi di penempatan haram Kiryat Arba.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts