Tentera Zionis sengaja tembak gas pemedih mata, pelajar dan petugas perubatan cedera sesak nafas

AL-KHALIL, 10 Mei 2016 (IMEMC) — Sebilangan pelajar dan petugas perubatan cedera sesak nafas apabila tentera Zionis secara sengaja melepaskan tembakan bom gas pemedih mata.

Ketika kejadian, mereka cuba melintas sekatan tentera di Jalan Abul Raeesh. Tentera penjajah secara tiba-tiba melepaskan tembakan, yang turut menyasarkan ibu pejabat pusat kesihatan daerah al-Khalil, menyebabkan orang ramai panik dan sebahagiannya sesak nafas.

Pusat yang memberi khidmat kesihatan kepada 60,000 penduduk Palestin ini sering menjadi sasaran serangan gas pemedih mata dan semburan air najis dan kimia, disamping gangguan oleh pendatang Yahudi yang bersenjata.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts